Friday, 9 March 2012

Kematian

Itulah tajuk cerpen yang terakhir. Cerpen tersebut ditulis oleh Nur Syairah Azahari daripada Maktab Rendah Yishun.

Ringkasan


Cerpen ini tentang seorang peninju bernama Jeff. Dia telah memenangi banyak kejuaraan dan dia merupakan seorang peninju yang terkenal di seluruh dunia. Dia pun mempunyai seorang temanita bernama Maleena. Ibu dan bapa Maleena telah banyak kali menyuruh Jeff berhenti meninju dan cari pekerjaan yang lebih selamat tetapi dia masih degil dan sambung meninju. Keputusannya untuk terus meninju akan membolehkan dia mendapat $10,000 jika dia berjaya menjadi juara. Duit yang dimenangi itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya dan Maleena. Pada suatu hari, semasa Jeff meninju, dia ditumbuk dengan kuat lalu pengsan dan memasuki koma. Semasa dalam keadaan koma, dia berjumpa dengan Habri, Sultan Dunia Laksmana. Di sana dia ditunjukkan semua perbuatannya yang telah menyakiti hati Maleena dan juga ibunya sendiri. Jeff mula menyedari kesilapannya dan mula insaf akan segala kesilapannya itu. Di dunia realiti, mesin penyambung nyawa berbunyi tiiiiiiiiiiit dan Jeff pun meninggal dunia.

isu


Sifat tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki akan mengakibatkan seseorang itu lalai dan tidak sedar bahawa dia sudah pun memiliki segalanya sehingga dia kehilangan semuanya.

cara-cara untuk mengatasi masalah


Kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan terlalu tamak akan sesuatu, contohnya duit, kerana kita akan terlupa dan akan melakukan sesuatu yang bodoh untuk mendapatkannya.

Cerpen Kedua!

Cerpen ini bertajuk Dia Masih Sayangkan Aku, yang ditulis oleh Nurulhuda Sulaimun dari Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah.

ringkasan.


Cerita ini ialah tentang para pelajar madrasah yang bilik darjahnya selalu ditukar. Bilik darjah mereka telah ditukar kepada tingkat lima dan harus berkongsi bersama pelajar-pelajar lain. Mereka mengagak mereka dipindah kerana mereka nakal dan sering membuat bising. Ini membuat mereka sungguh marah kerana bilik darjah mereka sering ditukar dan tandas di tingkat lima itu pula kotor. Oleh sebab itu, mereka menulis sebuah petisyen dengan menggunakan pena merah untuk menunjukkan kemarahan mereka. Pada hari tersebut, apabila pengetua madrasah tersebut menerima petisyen itu, dia berasa marah dan terus ke kelas pelajar-pelajar tersebut dan memarahi mereka. Selepas kejadian itu, beberapa para pelajar ke pejabat pengetua mereka untuk memohon maaf. Di situlah pengetua mereka jelaskan mengapa bilik darjah mereka ditukar ke tingkat lima; untuk keselesaan mereka, bukan kerana perbuatan mereka.

isu.


Tuduhan yang dibuat seseorang tanpa bukti sebenarnya adalah salah tanggapan. Menuduh tanpa bukti serupa dengan memfitnah. Ramai orang kini membuat tuduhan walaupun mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya atau tidak ada cukup bukti.

cara-cara untuk meraihkan isu


Jangan menuduh sesiapa sembarangan . Ini boleh mengakibatkan lebih banyak masalah dan membuat situasi tersebut lebih teruk.

Saturday, 3 March 2012

Adikku ... Sudah Tiada

Itu adalah tajuk cerpen yang saya baru sahaja membaca. Cerpen tersebus ditulis oleh Mohamed Muhaimin Mohamed Amin daripada Institut Millennia.

Ringkasan


Cerpen ini ialah tentang seorang pelajar Universiti Oxford yang kehilangan adiknya, Nizam. Adiknya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila tayar keretanya meletup dan menyebabkannya hilang kawalan kereta tersebut. Penulis terpaksa mengambil cuti dan membuat penerbangan daripada England ke Singapura untuk menziarahi adiknya itu. Malangnya, adiknya, Nizam, meninggal dunia sebelum penulis dapat menaiki penerbangannya balik ke Singapura. Selepas 3 bulan Nizam dikuburkan, ibubapa penulis sering jatuh sakit. penulis pun mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Singapura supaya dia boleh menjaga ibu dan bapanya. penulis pun menolong bapanya menguruskan kedai runcitnya, yang dinamakan selepas anaknya, Nizam.

Isu


Isu yang saya telah kenal pasti dalam cerpen ini ialah menyambung pelajaran di luar negara. Menyambungkan pelajaran di luar negara menggunakan banyak wang. tambahan pula, banyak masalah boleh dihadapi oleh para pelajar jikalau dia tidak boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru. Ia pun amat leceh kerana jikalau ada masalah keluarga di tanah air pelajar, pelajar tersebut harus mengambil cuti dan membuat perjalanannya balik ke tanah air.

Saranan


Sambungkan pelajaran di negeri sendiri. ia tidak memerlukan banyak wang, jika dibandingkan dengan menyambung pelajaran di luar negeri. Lagipun, pelajar tersebut tidak perlu ulang balik apabila keluarganya menghadapi masalah. Menyambung pelajaran di negeri sendiri lebih mudah daripada menyambung pelajaran di luar negeri.

Cerpen

salam sejahtera rakan-rakan. saya telah diberikan tugasan oleh guru bahasa melayu saya, iaitu untuk membaca 3 buah cerpen, buat ringkasan, kenal pasti satu isu dalam cerpen tersebut and bagi saranan untuk menghuraikan isu tersebut. untuk tugasan ini, saya telah memilih sebuah buku, naskhah antologi cerpen bertajuk Tem@n Siber.