Wednesday, 20 July 2011

tetidur di platform mrt.

4 comments:

  1. Gambar ini memaparkan sebuah situasi di luar platform MRT ada seorang pemuda baring di atas bangku yang panjang di situ. terdapat dua warga asing yang duduk di atas bangku yang sama. Mungkin warga asing itu daripada negara barat kerana warna kulit mereka tidak seperti warga asla yang biasa. Kelakuan pemuda itu pelik dan juga tidak patut di contohi kerana kelakuannya itu tidak sopan dan akan menggangu orang sekelilingnya. Pemuda itu tidak boleh berkelakuan seperti ini kerana bangku di platform mrt itu adalah untuk awam dan dia bersikap tidak adil untuk mengambil tempat yang banyak di bangku itu.


    Syahirah 2E3

    ReplyDelete
  2. Gambar ini menunjukkan situasi di platform MRT. Di sebelah tengah gambar ini terdapat seorang lelaki yang sedang berbaring di atas bangku panjang. Perbuatannya itu amat melampau dan dengan cara tidak sengaja, beliau telah memprojeksi kepada orang-orang lain yang beliau tidak tahu masa dan tempat yang sesuai untuk melakukan sesuatu. Beliau telah mengambil tempat duduk orang-orang lain, dengan berbaring di bangku itu. Perbuatannya juga menunjukkan bahawa beliau tidak prihatin terhadap orang lain yang memerlukan tempat duduk demi kepentingan diri sendiri. Kalau beliau amat lesu dan harus tidur, beliau boleh cuba tidur dengan membongkok. Dengan menggunakan cara itu, beliau tidak ganggu penumpang lain. Walaupun perbuatan beliau amat teruk, ada juga penumpang lain yang masih duduk di bangku itu dan nampaknya, tidak diganggu oleh perbuatan lelaki itu. Terdapat dua warga asing yang duduk di bangku itu. Mereka akan ada tanggapan yang tidak begitu bagus terhadap Singapura kerana perbuatan lelaki itu, oleh itu, imej Singapura akan hancur oleh kerana perbuatannya. Beliau juga menunjukkan kepada orang asing yang orang Singapura
    tidak boleh fikir dengan jelas. Dengan itu, saya harap lelaki itu akan menyedari perbuatan dan perangainya dan juga akan mengubah demi kebaikkannya.

    ReplyDelete
  3. Gambar ini menunjukkan situasi di platform MRT. Di tengah gambar, ada seorang lelaki yang sedang berbaring di bangku yang panjang. Di bangku yang sama, terdapat tiga ornag yang sedang menduduk. Pada pendapat saya, lelaki yang sedang membaring itu sedang menunjukkan contoh yang buruk. Ia tidak bersopan-santun untuk berbaring di atas bangku itu kerana dia boleh mengganggu orang lain yang sedang menduduki di atas bangku yang sama. Pada pendapat saya, jikalau beliau ditangkap, dia boleh disaman dengan membayar denda. Beliau juga telah mengambil tempat kedudukan orang lian kerana telah berbaring di atas bangku itu. Ia juga menunjukkan bahawa beliau sifat tidak prihatin terhadap orang lain yang memerlukan tempat duduk itu seperti warga emas. Beliau hanya mementingkan dirinya sendiri. Ia tidak adil untuk orang-orang lain yang mahu menggunakan bangku itu untuk berduduk. Kita mesti bersifat adil kepada semua orang supaya semua dilayan dengan keadilan.

    ReplyDelete
  4. Syabas para pelajar,

    Naqib, kamu telah memilih gambar yang baik kerana ia membolehkan teman-teman kamu memberikan komentar yang sesuai dan di luar konteks gambar.


    Bagi para pelajar yang memberi komentar, kamu semua telah berjaya untuk membincangkan perbuatan negatif yang telah dipaparkan. Ada di antara kamu telah mengaitkan kelakuan tersebut dengan nilai murni dan juga kesan pada orang lain juga negara.

    Syabas!

    Tetapi bila menaip, sila lihat ejaannya dan imbuhannya ya kerana ianya boleh mengganggu mesej yang ingin kamu sampaikan...

    ReplyDelete