dalam gambar ini, terdapat pelbagai makanan untuk menyambut hari raya! terdapat, udang goreng, ayam goreng, samal goreng, daging rendang, sambal, lontong dan serondeng! ini semua makanan yang telah disiapkan dan dihidangkan oleh nenek dan bibik saya! hmmm sedapnya!
Tuesday, 30 August 2011
AYAM GORENG!
ayam goreng! saya pasti semua orang gemar makan ayam goreng! ayam goreng ini telah pun digoreng oleh nenek saya! ayam ini telah deperap dengan kunyet, garam, bawang putih dan bawang merah dan ia digoreng selama 10 minit sehingga ia berwarna keemasan. saya dan saudara-mara saya suka makan ayam goreng nenek saya. untuk saya, ayam goreng nenek saya lebih enak daripada ayam goreng kfc :P
SAMBAL GORENG!
ini adalah sambal goreng! sambal goreng ini dibuat oleh nenek saya. membuat sambal goreng ini sukar. nenek saya mengambil selama 2 hari untuk rebus paru-paru tersebut, daging lembu dan juga goreng ayam. bahan-bahan itu pula dicampur dengan sambal dan digoreng! nenek saya tidak membuat sambal goreng selalu, hanya pada hari yang khas sahaja. hmmm... sedapnya! :D
Monday, 29 August 2011
KUIH CORNFLAKE!
ini adalah kuih kegemaran saya dan adik-beradik saya daripada saya kecil hingga sekarang. ini adalah kuih cornflake! kuih ini dibuat daripada mentega, madu dan kellogs cornflakes dan ia sedap dimakan bila-bila sahaja! nenek, kakak dan adik saya telah membuat kuih ini di rumah nenek saya. mereka telah megambil selama enam jam untuk membuat dalam lapan botol kuih cornflake ini. daripada lapan botol itu, tiga daripadanya adalah untuk nenek saya dan yang lagi lima untuk saya dan adik-beradik saya, seprti yang boleh dilihat di gambar tersebut. kuih ini tidak dijual :P
COOKIE! :D
cookie! ini adalah satu lagi makanan kegemaran saya! ini ialah rolled oats cookies. ibu saya telah menempah cookie ini di masjid al-istiqamah, yang terletak di serangoon north. dalam satu botol terdapat dalam lima puluh keping cookie tersebut. saya tidak tahu harganya. cookie ini dibuat daripada oats! ia amat garing dan sedap! :D
APAM CRISPY!
ini kali pertama saya nampak makanan seperti ini. ini adalah apam crispy! ia seperti apam balik tetapi ia lebih kecil, garing dan lebih enak! intinya adalah kacang dan gula. saya telah membeli apam crispy ini di bazaar geylang serai. ia berharga $1 untuk satu keping. untuk membeli apam crispy ini, saya harus beratur dan menunggu selama 10 minit kerana ramai orang membelinya. selepas penat menunggu dan beratur, saya pun dapat membeli dan makan apam crispy ini!
Sunday, 28 August 2011
LEMPENG! (pancake)
ini adalah lempeng! saya gemar memakan lempeng ini untuk sarapan . saya selalu makannya dengan mencicarnya dengan susu pekat atau madu :D lempeng ini sungguh mudah untuk buat. hanya harus beli tepungnya dan tambah air! untuk lempeng ini, saya menggunakan tepung lempeng betty crocker. ia boleh dibeli di pasaraya di seluruh singapura! sungguh sedap lempeng ini! :P
OTAK-OTAK!
otak-otak adalah satu makanan kegemaran saya.
sudah lama saya tidak makan otak-otak! tetapi, minggu ini saya bertuah kerana telah ke bazaar geylang serai dan telah dapat membeli otak-otak!
otak-otak di dalam gambar ini telah dibeli di bazaar geylang. ia berharga $3.50 untuk sepuluh keping. ia tidak mahal atau murah. pada pendapat saya, harganya amat sesuai untuk 10 keping otak-otak.
otak-otak ini dibuat dengan bahan bahan:
1) cili
2) rempah ikan
3) pes ikan
otak-otak ini berasa pedas kerana cili tersebut dan otak-otak ini sedap dimakan semasa ia masih lagi panas :D
sungguh enak otak-otak ini!
Tugasan!
salam sejahtera semua!
selama bulan ogos ini, saya telah ditugaskan untuk naik muatkan minimum 8 komen tentang sebuah topik yang saya pilih kepada blog saya. dan topik yang saya telah memilih adahlah... MAKANAN! saya telah memilih topic ini kerana saya gemar makan ! setiap blog yang saya naik muatkan akan mengandungi sebuah gambar dan saya akan terangkan tentang makanan itu!
*maaf kerana lambat membuat tugasan ini.
selama bulan ogos ini, saya telah ditugaskan untuk naik muatkan minimum 8 komen tentang sebuah topik yang saya pilih kepada blog saya. dan topik yang saya telah memilih adahlah... MAKANAN! saya telah memilih topic ini kerana saya gemar makan ! setiap blog yang saya naik muatkan akan mengandungi sebuah gambar dan saya akan terangkan tentang makanan itu!
*maaf kerana lambat membuat tugasan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)